DRAF PERLEMBAGAAN PERSATUAN DAN
PERATURAN – PERATURAN PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5
{(1)(a)} dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut
ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) (Nama Pertubuhan dan alamat)
yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.
PERATURAN 1 : NAMA
DAN ALAMAT
A. Nama Persatuan :
B. Alamat :
PERATURAN 2 : MATLAMAT
2.1 Memberi peluang kepada setiap murid
untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek
PERATURAN 3 : OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat
menganggotai persatuan ini dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu
berkaitan dan dapat memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli persatuan akan seberapa daya
berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi
terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan dan pertandingan-pertandingan yang
diikutinya.
PERATURAN 4 : KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan
cara mengisi borang yang disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta
bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas
bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
PERATURAN 5 : GURU
PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi
nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli
semasa aktiviti dijalankan.
PERATURAN 6 : AHLI
JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik
oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa
yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru
Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Timbalan
Pengerusi
6.6.3 Naib
Pengerusi
6.6.4 Setiausaha
6.6.5 Penolong
Setiausaha
6.6.6 Bendahari
6.6.7 Penolong
Bendahari
6.6.8 Ahli
Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
6.6.9 Pemeriksa
Kira-Kira (2 orang)
PERATURAN 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat
dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit
mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain
yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.2 Timbalan Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam
menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi dan boleh membuat keputusan
jika perlu.
7.2.2 Memangku tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Mempengerusikan
mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.4 Menjalankan tugas-tugas lain
yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.3 Naib Pengerusi
7.3.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggung jawab yang diberi.
7.3.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan
pengerusi.
7.3.3 Menjalankan tugas-tugas lain
yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.4 Setiausaha
7.4.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.4.2 Mencatat dan menandatangani
minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.4.3 Mencatat kehadiran ahli
7.4.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.4.5 Menjalankan tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.5 Penolong Setiausaha
7.5.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala
tugas dan tanggungjawabnya.
7.5.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan
Setiausaha.
7.5.3 Menjalankan tugas-tugas lain
yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.6 Bendahari
7.6.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Persatuan
7.6.2 Membuat dan menyimpan
kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas
kesahihannya.
7.6.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.6.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.6.5 Menyediakan Laporan Kewangan
untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.6.6 Menjalankan tugas-tugas lain
yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.7 Penolong Bendahari
7.7.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan
Bendahari.
7.7.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.8 Ahli Jawatankuasa
7.8.1 Membantu menjalankan tugas
dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.8.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.8.3 Menjalankan tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa
7.9 Pemeriksa Kira-Kira
7.9.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan
Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.9.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan
betul.
PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah
melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat
Agung dan telah diputuskan sebanyak RM .....................
8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan
melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang
memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas
bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan /
penyimpanan hendaklah disimpan dan dimaklumkan kepada pihak
sekolah, dan mendapat kebenaran Pengetua Cemerlang.
PERATURAN 9 : KEHADIRAN
/ PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua
aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga
kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan
memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.
9.3 Semua murid hendaklah terlibat dalam
akktiviti kokurikulum yang akan menentukan 10% markah kokurikulum ke IPTA.
9.4 Murid yang tidak dibenar oleh ibu bapa / penjaga melibatkan
diri dalam aktiviti kokurikulum hendaklah melalui prosedur dan persetujuan
untuk memberi markah E dalam 10% pemarkahan kokurikulum kepada mereka.
9.5 Bukti kehadiran dalam aktiviti
kokurikulum bagi tujuan penilaian 10% adalah berdasarkan rekod kehadiran sama
ada dalam buku log atau buku kehadiran aktiviti.
9.6 Jumlah kehadiran minima bagi setiap elemen dalam setahun
ialah :
9.6.1 Badan Beruniform : 12 kali
9.6.2 Kelab / Persatuan : 12 Kali
9.6.3 Sukan Dan Permainan : 12 Kali
9.7 Setiap ahli hendaklah melengkapkan
Borang Maklumat Kokurikulum yang dilampirkan salinan sijil-sijil yang
diperolehi untuk pemarkahan 10% kokurikulum.
9.8 Borang Maklumat Kokurikulum hendaklah
dikendalikan oleh Guru Penasihat dan diselia oleh Setiausaha Kokurikulum
PERATURAN 10 : AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam
mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada ahli.
PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua
ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan
tatatertib.
PERATURAN 12 : TINDAKAN
DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan
persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara
berikut:
12.3 Amaran lisan
12.4 Amaran bertulis
12.5 Ahli yang tidak berpuas hati dengan
tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan
secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.
PERATURAN 13 : PINDAAN
PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah
sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh
dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah
secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru
Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan
hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua Cemerlang.
PERATURAN 14 : PEMBUBARAN
PERSATUAN
14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan
jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
14.2 Segala hutang wajib
dijelaskan. Baki kewangan diputuskan
dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 15: HAL-HAL
LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap
aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka
dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
Hi.. Nak tanya. Draf perlembagaan ni kena renew buat setiap tahun ka? Atau masa mula penubuhan sahaja?
BalasPadamHi.. Nak tanya. Draf perlembagaan ni kena renew buat setiap tahun ka? Atau masa mula penubuhan sahaja?
BalasPadam