Ahad, 5 Januari 2020

INSTRUMEN PEMANTAUAN KOKURIKULUM SEKOLAH

INSTRUMEN PEMANTAUAN KOKURIKULUM SEKOLAH

Klik link disini  atau scan QR Code dibawah


http://gg.gg/instrumenkoko

DRAF PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN


DRAF  PERLEMBAGAAN PERSATUAN DAN
PERATURAN – PERATURAN  PERSATUAN


Pada mematuhi Subperaturan 5 {(1)(a)} dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) (Nama Pertubuhan dan alamat) yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.


PERATURAN  1 : NAMA DAN ALAMAT

A.            Nama Persatuan              :  
B.            Alamat                                


PERATURAN  2 : MATLAMAT

2.1          Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam  aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek


PERATURAN  3 : OBJEKTIF

3.1          Supaya ahli dapat menganggotai  persatuan ini dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu berkaitan dan dapat memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2          Ahli-ahli persatuan akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan dan pertandingan-pertandingan yang diikutinya.


PERATURAN  4 : KEAHLIAN

4.1          Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2          Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3          Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.


PERATURAN  5 : GURU PENASIHAT

5.1          Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2          Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3          Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli semasa aktiviti dijalankan.
  

PERATURAN  6 : AHLI JAWATANKUASA

6.1          Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2          Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli   yang tidak  dapat  hadir  tetapi  menulis   surat  tunjuk  sebab  layak  dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3          Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4          Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5          Ahli Jawatankuasa yang  hendak   meletakkan   jawatan   hendaklah menghantar surat  perletakan  jawatan   kepada  Guru Penasihat.
6.6          Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1           Pengerusi
6.6.2           Timbalan Pengerusi
6.6.3           Naib Pengerusi
6.6.4           Setiausaha
6.6.5           Penolong Setiausaha
6.6.6           Bendahari
6.6.7           Penolong Bendahari
6.6.8           Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
6.6.9           Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)


PERATURAN 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1          Pengerusi
7.1.1      Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2      Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.2          Timbalan  Pengerusi
7.2.1      Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi dan boleh membuat keputusan jika perlu.
7.2.2      Memangku tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3      Mempengerusikan mesyuarat  semasa  ketiadaan pengerusi.
7.2.4      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.3          Naib Pengerusi
7.3.1      Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
7.3.2      Mempengurusikan   mesyuarat  semasa  ketiadaan pengerusi.
7.3.3      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.4          Setiausaha
7.4.1      Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.4.2      Mencatat   dan   menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.4.3      Mencatat kehadiran ahli
7.4.4      Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.4.5      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.


7.5          Penolong Setiausaha
7.5.1      Membantu setiausaha dalam menjalankan  segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.5.2      Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.5.3      Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.6          Bendahari
7.6.1      Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.6.2      Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.6.3      Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
7.6.4      Melaporkan  kedudukan  kewangan  sekiranya  diminta   di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.6.5      Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.6.6      Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.7          Penolong Bendahari
7.7.1      Menjalankan  tugas-tugas  Bendahari   sewaktu  ketiadaan Bendahari.
7.7.2      Menjalankan  tugas-tugas  lain  yang diarahkan oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.8          Ahli Jawatankuasa
7.8.1      Membantu menjalankan tugas dalam segala  program  dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.8.2      Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.8.3      Menjalankan  tugas-tugas lain yang  diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa

7.9          Pemeriksa Kira-Kira
7.9.1      Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.9.2      Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.


PERATURAN  8 KEWANGAN

8.1          Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui   derma yang diputuskan  semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM .....................
8.2          Persatuan   juga   boleh   memperolehi    kewangan melalui aktiviti.
8.3          Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan  besar  boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4          Semua pungutan / penyimpanan   hendaklah disimpan dan dimaklumkan kepada pihak sekolah,  dan mendapat kebenaran Pengetua Cemerlang.

  
PERATURAN  9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1          Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
9.2          Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian  kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
9.3          Semua murid hendaklah terlibat dalam akktiviti kokurikulum yang akan menentukan 10% markah kokurikulum ke IPTA.
9.4          Murid yang tidak dibenar oleh ibu bapa / penjaga melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum hendaklah melalui prosedur dan persetujuan untuk memberi markah E dalam 10% pemarkahan kokurikulum kepada mereka.
9.5          Bukti kehadiran dalam aktiviti kokurikulum bagi tujuan penilaian 10% adalah berdasarkan rekod kehadiran sama ada dalam buku log atau buku kehadiran aktiviti.
9.6          Jumlah kehadiran minima bagi setiap elemen dalam setahun ialah :
9.6.1      Badan Beruniform : 12 kali
9.6.2      Kelab / Persatuan : 12 Kali
9.6.3      Sukan Dan Permainan : 12 Kali
9.7          Setiap ahli hendaklah melengkapkan Borang Maklumat Kokurikulum yang dilampirkan salinan sijil-sijil yang diperolehi untuk pemarkahan 10% kokurikulum.
9.8          Borang Maklumat Kokurikulum hendaklah dikendalikan oleh Guru Penasihat dan diselia oleh Setiausaha Kokurikulum


PERATURAN  10 : AKTIVITI

10.1       Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2       Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada ahli.


PERATURAN  11 : PERATURAN-PERATURAN

11.1       Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2       Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3       Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.


PERATURAN  12 : TINDAKAN DISIPLIN

12.1       Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan  tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2       Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.3       Amaran lisan
12.4       Amaran bertulis
12.5       Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara  bertulis  dan  keputusan  Guru   Penasihat adalah muktamad.

  
PERATURAN  13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1       Mana-mana   bahagian    dalam     perlembagaan   ini  sah sehingga  ia dipinda.
13.2       Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3       Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4       Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua Cemerlang.


PERATURAN  14 : PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1       Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
14.2       Segala hutang wajib dijelaskan.   Baki  kewangan  diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.


PERATURAN  15: HAL-HAL LAIN

15.1       Setiap ahli perlu mengetahui   tanggungjawab  sendiri  terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2       Ahli-ahli  hendaklah   sentiasa  peka dan mengikuti  aktiviti dengan penuh minat.