Rabu, 4 Februari 2015

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG42

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) 
Gred DG38, DG34, DG32 dan DG29 yang memperolehi Ijazah 
Semasa Dalam Perkhidmatan ke Gred DG42 di Kementerian 
Pendidikan Malaysia Urusan Tahun 2015


Semua Ketua Sektor

Semua Pegawai Pendidikan Wilayah 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Kementerian 

Pendidikan Malaysia bil KP(PP)SULIT 0063/1/1/JLD.18(77) bertarikh 
26 Januari 2015 mengenai perkara di atas.


2.    Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan / puan adalah 

dipohon untuk mengenalpasti PPP Gred DG38, DG34, DG32 dan 
DG29 yang telah memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan 
sebelum 31 Disember 2014 serta memenuhi syarat-syarat yang 
telah ditetapkan untuk membuat permohonan pemangkuan keGred DG42.
Tarikh akhir permohonan yang perlu dikemukakan ke JPN melalui PPD
masing-masing pada 26 Februari 2015.


3.    Sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai perkara ini bolehlah

dikemukakan kepada Unit Naik Pangkat.

Sekian terima kasih.



LAMPIRAN


Surat siaran iklan pemangkuan ke Gred DG42 (Surat)


Lampiran A - Borang Permohonan Pemangkuan ke Gred DG42 (Borang)


Lampiran C - Kenyataan Ketua Jabatan (Borang)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan