Khamis, 24 Februari 2022

MAJLIS APRESIASI TAHUN 6

Majlis Apresiasi Tahun 6 bagi sesi 2022/2023

Tarikh : 24 Februari 2022

Tempat : Dewan Seri Nilam


Muat turun album



PROGRAM TAJAAN BAGI IHYA' RAMADAN 1443/2022 DI MADRASAH AL-KHAIRIAH TAMAN SALAK JAYA

 *JOM SERTAI ..!!!📣📣📣*



*PROGRAM TAJAAN BAGI IHYA' RAMADAN 1443/2022 DI MADRASAH AL-KHAIRIAH TAMAN SALAK JAYA*


➡️ Sebanyak *150 slot* tajaan disediakan

➡️ 1 slot tajaan bernilai *RM200*

➡️ *Keseluruhan jumlah tajaan* akan digunakan bagi menampung kos pelaksanaan Program Ihya' Ramadan. Diantaranya ialah:-


☀️ Majlis Berbuka Puasa 

☀️ Moreh 

☀️ Tadarus Al-Quran 

☀️ Solat Terawih 

☀️ Sumbangan Asnaf 

☀️ Majlis Khatam Al-Quran

☀️ Qiamullail & Sahur

☀️ Agihan Bubur Lambuk

☀️ Kuliah Subuh


📌 Pihak Madrasah Al-Khairiah amat mengalu-alukan tajaan drpd Dato'/Datin/Haji/Hajjah/Tuan/Puan.


📌Tajaan juga terbuka kepada mana-mana badan korporat, NGO mahupun orang perseorangan.


📌Kepada yg berminat, boleh dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi :-


http://www.wasap.my/60148403662 (Ust Fakhruddin)

http://www.wasap.my/60122092677 (Hj Rosli)

http://www.wasap.my/60133404389

(Hj Yaakob)

http://www.wasap.my/60129249551

(Hj Anuar)

MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Tahun 6 sesi 2021/2022

Tarikh : 24 Februari 2022

Masa : 8.00 pagi


Muat turun album




















Rabu, 23 Februari 2022

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2022/2023 SECARA ONLINE

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 Secara Online

Permohonan dan pendaftaran Murid Tahun 1 pengambilan 2023 dan 2024 secara online melalui sistem aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya untuk seluruh negeri Semenanjung Malaysia sahaja manakala bagi Negeri Sabah , Sarawak dan W.P Labuan adalah secara manual melalui sekolah.





Info Tahun Kelahiran dan Sesi Persekolahan

KEMASUKAN TAHUN 2023/2024

KEMASUKAN TAHUN 2023/2024

Tarikh Mula Pendaftaran
1 MAC 2022

Tarikh Tutup Pendaftaran
30 APRIL 2022



CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE

1. Isi Borang Online
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my
2. Cetak Borang
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.
3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.
Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:
1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir / anak angkat
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
5) Surat nikah / surat cerai
6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)
4. Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu  biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Tindakan Ibubapa / Penjaga

Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara online dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.

Jumaat, 11 Februari 2022

Tapak Laman Web RPH

 Tapak Laman Web RPH

Tapak laman web RPH ini dikongsi untuk kegunaan rakan-rakan semua.
Jika berminat untuk mendapat tapak ini untuk kegunaan sekolah anda bole hubungi admin.

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/cikguhairmee




SEMAKAN eSLIP PBD

SEMAKAN eSLIP PBD

Ibu bapa boleh membuat semakan Slip Pentaksiran Bilik Darjah secara atas talian. Klik pautan di bawah untuk ke tapak data. Slip tersebut sebagai rujukan kepada ibu bapa sahaja dan slip yang sah diperakui akan dikeluarkan oleh pihak sekolah

https://bit.ly/Slip-e-PBD




CARIAN ID DELIMA KPM

CARIAN ID DELIMA KPM

Ibu bapa boleh membuat cari id delima atau email KPM melalui tapak carian berpandukan pautan di bawah.

https://bit.ly/carian-id-delima 




REKOD BACAAN AL-QURAN & IQRA

REKOD BACAAN AL-QURAN & IQRA

Tapak ini dibina bagi membantu Panitia Pendidikan Islam untuk merekod pelaporan Bacaan Al-Quran dan Iqra





PEMBAHAGI MINGGU RPH

 PEMBAHAGI MINGGU RPH










DSKP TAHUN 6 (SEMAKAN 2017)

DSKP TAHUN 6 (SEMAKAN 2017)

Disini admin sharekan link utk muat turun bahan Muat turun di sini

PEMULANGAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS (SPBT) SESI 2021/2022

 PEMULANGAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS (SPBT) SESI 2021/2022

Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan melaksanakan pemulangan dan pengagihan buku teks bagi semua murid. Berikut adalah ketetapan tarikh dan masa bagi setiap kelas.


Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian:

  1. Pastikan kesemua buku teks yang akan dipulangkan dibalut dengan kemas, berkeadaan baik, cukup bilangannya dan diikat dengan kemas bagi memudahkan urusan pemulangan. Buku aktiviti tahun 1, 2 & 3 tidak perlu dipulangkan.
  2. Hanya pemulangan buku teks yang lengkap LAYAK menerima buku teks 2022.
  3. Buku teks yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku teks yang sama. Pihak sekolah tidak menerima gantian dalam bentuk wang tunai.
  4. Disertakan lampiran senarai buku teks untuk rujukan dan semakan.






Khamis, 10 Februari 2022

Pelaksanaan Pemeriksaan Suhu Badan

Kenyataan Media
Kementerian Pendidikan Malaysia


Pelaksanaan Pemeriksaan Suhu Badan Sebelum Masuk ke Premis Institusi Pendidikan bawah KPM





Selasa, 1 Februari 2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2022

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan bagi semua warga Wilayah.
Jaga diri dan sentiasa patuhi SOP walau di mana anda berada.

#HariWilayah